About Me

My photo
Blog ini diwujudkan pada asalnya untuk memenuhi tugasan pengajian saya...tetapi secara umumnya ia juga boleh digunapakai bagi tujuan pengkosian maklumat untuk pelajar-pelajar saya (MRSM TGS) dan sesiapa sahaja yang ingin berkongsi maklumat "Sharing is caring"....

Wednesday 5 September 2012


KATA PEMERI
1. JENIS KATA PEMERI:
i. ialah : digunakan jika di depannya kata/frasa nama dan kata/frasa kerja sahaja.

ii. adalah : di gunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi sahaja.

2. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI:
i. ‘ialah’ hanya boleh diikuti dengan kata nama atau frasa nama sahaja.

Salah:-Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan.
Betul:-Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan.


ii. ‘adalah’ hanya boleh digunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi
Salah:-Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.
Betul:-Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.


iii. ‘kata nafi’ iaitu ‘tidak’ dan ‘bukan’ hanya boleh digandingkan dengan ‘adalah’. ( kata pemeri ‘adalah’ boleh ditiadakan untuk kata nafi)
Salah:-Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu ialah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
Betul:-Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali.
-Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu adalah bukan abang kandungnya.
-Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu adalah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
-Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.

Monday 13 February 2012

Tukar cakap ajuk kepada cakap pindah

Bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5...

disertakan beberapa contoh yang sesuai bersertakan jawapan untuk menjawab soalan tukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.

Klik link dibawah
http://www.slideshare.net/Cohort4/cakap-ajuk-kepada-cakap-pindah

Soalan Karangan Bahan Rangsangan -PMR

Pelajar PMR boleh melihat contoh soalan untuk karangan berdasrkan bahan rangsangan
Klik link di bawah
http://www.slideshare.net/Cohort4/soalan-karangan-berdasarkan-bahan-rangsangan

Teknik Penulisan Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan- PMR

Teknik Penulisan Karangan Rangsangan
(PMR)

1. Tentukan T, K, F. T ialah Tema, K ialah kata kunci dan F ialah format.
2. Tulis karangan sebanyak 5 perenggan yang terdiri daripada 3 isi.
3. Bahagian pengenalan cukuplah setakat dua ayat sahaja, iaitu ayat rangsangan (AR) dan ayat arahan (AA).
4. Perenggan isi pula hendaklah sekurang-kurangnya terdiri daripada dua ayat, iaitu ayat Judul (AJ) dan ayat yang lain sama ada ayat huraian (AH), ayat contoh (AC) atau ayat penegas (AP).
5. Perenggan kesimpulan pula perlulah ditulis dua ayat sahaja seperti ayat cadangan, (A Cdgn), Ayat pendapat (A Pndpt), dan sebagainya.
6. Jangan lupa masukkan ungkapan yang menarik.

Soalan Contoh:
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor kemalangan jalan raya berlaku berdasarkan rajah tersebut. Panjang Huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.


Jawapan Contoh:
(AR) Hampir setiap hari, kemalangan pasti berlaku di jalan raya. (AA) Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan kemalangan tersebut terjadi.

(AJ) Faktor yang pertama ialah faktor manusia. (AH) Dalam hal ini, kemalangan berlaku kerana sikap manusia yang cuai di jalan raya. (AC) Sebagai contohnya, mereka memandu sambil berbual melalui telefon bimbit, tidak mematuhi had laju, dan sebagainya.

Selain itu, (AJ) kemalangan berlaku disebabkan faktor mekanikal. (AH) Hal ini berpunca daripada keadaan kenderaan, keadaan jalan raya yang tidak rata dan lampu isyarat yang tidak berfungsi. (AC) Sebagai contohnya, brek kenderaan yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kemalangan berlaku.

Bukan itu sahaja, (AJ) faktor cuaca juga merupakan salah satu faktor kemalangan berlaku. (AH) Apabila hujan turun, jalan raya akan berkeadaan licin. (AC) Hal ini menyebabkan pemandu sukar untuk mengawal kenderaan.

Kesimpulannya, (A Ksmpln) kemalangan jalan raya merupakan sesuatu kejadian yang sukar dielakkan. Oleh itu, (A Cdgn) semua pengguna hendaklah berhati-hati dan mematuhi peraturan keranamalang tidak berbau.

(Jika jawaban melebihi 120 patah perkataan, sila potong mana-mana ayat contoh (AC) atau ayat huraian (AH)

Sunday 15 January 2012

Kata Kerja.

Kata kerja terbahagi kepada :

A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )

B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )


A. Kata Kerja Transitif

1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).

2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )

3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

1.       Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.

Contohnya: Atan mendengar radio.

        mendengar ialah kata kerja transitif

        radio ialah objek (kata nama)

Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. 

Contoh ayat :

1. Kucing itu menangkap seekor burung.

2. perempuan itu menjual sayur.

3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat

atau penyambut.

(a)      Pak Abu menjala ikan.

(b)     Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.

(c)      "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.

(d)     Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.

(e)      Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.

(f)      Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu

B. Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.

Contohnya ::

1. Mereka berjalan pada hari cuti.

2. Anjing itu sedang tidur.

3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.

Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.

Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat )Kata kerja tak Transitifketerangan
Kamimandidi tasek itu.
Diasenyumsemasa berjalan
Sayamenyanyidengan kuat
Hassanberjalanke sekolah



1.1 Kata Kerja Tak Transitif

1.       Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.

2.       Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,

dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’

di hujungnya.

Contoh ayat:

1. Mereka menjalankan jentera itu.

2. Emak sedang menidurkan adik.

3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.

4. Halim mengikuti perbualan mereka.

5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

7.3 Kata Kerja Pasif

1.       Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men.

Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.

2.       Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga

3.       Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.

Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.

4.       Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.

Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.

5        Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.

Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan